Thursday, May 28, 2009

SINAR KEHIDUPAN

JIWA YANG TENANG TERLETAK PADA HATI YANG IKHLAS DALAM MENJALANKAN SEGALA KEGIATAN HIDUPNYA TANPA MENGHARAP SESUATU GANJARAN BAGI KESEJAHTERAAN HIDUP DI DUNIA INI SELAIN DARI KEREDHAAN ALLAH JUA. HASILNYA AKAN TERPANCAR SINAR KEHIDUPAN YANG MEMBERI MAKNA KEBAHAGIAAN KEPADA KITA DALAM KEHIDUPAN YANG SEMENTARA DI DUNIA INI.

Hasil Ilham Rasa pada 30hb. Ogos 1983 ketika mula meneroka kerjaya sebagai guru.Terfikir bahawa kita perlu mempunyai hati yang ikhlas dalam mencurahkan bakti dan amal untuk memajukan pemikiran anak didik yang membawa kepada memartabatkan agama, bangsa dan negara. Insya-Allah keihlasan tidak akan mendatangkan kekecewaan. Wassalam.

Tuesday, April 7, 2009

HIDUP TANPA MEMBAZIRKAN NIKMAT ALLAH

Islam menyuruh umatnya hidup bersederhana dalam segala perkara. Islam melarang membazir dalam menikmati segala kurnia Allah. Segala harta yang dimiliki tidak boleh dibelanjakan pada jalan yang bertentangan dengan syariat Islam.

Firman Allah S.W.T.: bermaksud dan janganlah kamu mebazirkan hartamu secara boros.
(Al-Isra': 26)
Orang-orang yang boros membelanjakan harta secara sia-sia adalah tergolong orang -orang munafik dan golongan syaitan.

Firman Allah S.W.T.: Sesungguhnya orang-orang yang suka membazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan adalah sangat ingkar kepada Tuhannya." (Al-Isra': 27)

Monday, March 30, 2009

Bengkel pembinaan blog digital

Halaman rumah mak di Kampung Relong Kuala Lipis Pahang



Langkawi

Saturday, February 21, 2009

JAGALAH NILAI KEHIDUPAN

Islam menyuruh umatnya menjalani kehidupan yang aman dan sejahtera berlandaskan iman dan takwa. setiap insan wajib menjauhi dan meninggalkan segala perbuatan yang merosakkan diri sendiri, masyarakat, agama dan negara.

Hidup Tanpa Hutang

Setiap orang yang berhutang wajib membayar hutangnya mengikut hukum Islam. Oleh itu orang yang ada harta atau mampu membayar hutangnya tetapi sengaja melambat-lambatkannya atau tidak mahu membayarnya, maka perbuatan itu adalah sikap orang-orang munafik dan dibenci dalam Islam.

Firman Allah bermaksud: "Dan janganlah kamu makan harta di antara kamu dengan jalan yang salah." (Al-Baqarah: 188)

Rasulullah s.aw. bersabda bermaksud: "Barangsiapa mengambil harta orang yang ia bermaksud merosakkannnya (tidak mahu membayarnya), nescaya Allah akan merosakkanya. (HR. Bukhari)

Oleh itu sedarlah wahai insan-insan yang telah berhutang segeralah melunaskan hutang-hutang anda terutama kepada mereka yang mampu dan telah melebihi tarikh tempoh hutangnya. Ingatlah roh kita tidak terangkat ke langit sekiranya kita mati dalam keadaan berhutang yang tidak dihalalkan hutangnya.